Alibaba beli saham Zulily AS$56 juta

Alibaba beli saham Zulily AS$56 juta

WASHINGTON, 10 Mei (AFP) – Syarikat gergasi e-dagangan China, Alibaba telah memperoleh lebih daripada sembilan peratus saham dalam peruncit online Amerika Syarikat, Zulily, menurut dokumen pengawal atur.

Dalam satu fail dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Tukaran lewat Jumaat, Alibaba berkata ia telah membeli kira-kira 4.8 juta saham Kelas A Zulily pada harga AS$56 juta.

Menambah kepada saham yang telah pun dimilikinya, Alibaba kini mempunyai satu perenam daripada saham Kelas A Zulily, mewakili 9.3 peratus saham dalam syarikat, lapor Wall Street Journal.

Harga saham Zulily ditutup meningkat 12.67 peratus pada AS$13.30 pada Jumaat.

Syarikat peruncit yang berpangkalan di Seattle itu menjual pakaian, barang mainan dan barangan lain untuk kanak-kanak dan kebanyakannya dipasarkan kepada para ibu.

Dengan pembelian saham itu, Alibaba kini mempunyai satu perenam daripada saham Kelas A Zulily, mewakili 9.3 peratus saham dalam syarikat, lapor Wall Street Journal. – AFP
Dengan pembelian saham itu, Alibaba kini mempunyai satu perenam daripada saham Kelas A Zulily, mewakili 9.3 peratus saham dalam syarikat, lapor Wall Street Journal. – AFP

Ia disenaraikan di Bursa Saham pada November 2013 pada harga AS$22 sesaham.

Dalam beberapa bulan, harga telah naik kepada kira-kira AS$70, tetapi merosot dengan cepat sekali lagi tatkala pertumbuhan meleset.

Alibaba mengendalikan platform membeli-belah online paling popular di China, Taobao, yang dianggarkan memegang lebih 90 peratus daripada pasaran online negara untuk urus niaga pengguna-kepada-pengguna.

Ia disenaraikan di Wall Street pada September tahun lalu, mengumpul AS$25.02 bilion dan memecah rekod untuk tawaran awam terbesar dalam sejarah.

Saham Alibaba meningkat 1.23 peratus untuk ditutup pada AS$87.06 pada Jumaat.