Alibaba China labur AS$1 bilion

Alibaba China labur AS$1 bilion

BEIJING, 13 April (Bernama) – Alibaba Group Holding Ltd China mengambil alih kepentingan kawalan dalam Lazada, platform e-dagang utama di Asia Tenggara.

Urus niaga itu membabitkan pelaburan kira-kira AS$500 juta dalam modal ekuiti yang baru diterbitkan oleh Lazada, dan pengambilalihan saham daripada pemegang saham tertentu, membabitkan jumlah pelaburan kira-kira AS$1 bilion.

Transaksi itu dijangkakan membantu pengedaran serta jenama di seluruh dunia yang sudah pun menjalankan perniagaan menggunakan platform Alibaba, selain pedagang tempatan, untuk mengekases pasran pengguna di Asia Tenggara, katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA