Alibaba hampir miliki AC Milan

Alibaba hampir miliki AC Milan

ROM, 28 April – Gergasi jualan runcit dalam talian Alibaba berada di ambang bagi mengetuai pengambilalihan China untuk AC Milan daripada bekas perdana menteri Silvio Berlusconi, media Itali melaporkan semalam.

Ketua tertinggi syarikat itu, Jack Ma baru-baru ini berada di Itali dan disambut oleh Perdana Menteri Matteo Renzi pada pesta perdagangan Vintaly, di mana pemimpin dari Itali itu memperhatikan “masa depan Itali dan Alibaba terjalin rapat”.

Ma sudah menyertai pemilik kelab China, Guangzhou, dan dengan anggaran kemewahan AS$29 bilion, tidak akan menghadapi masalah kewangan untuk persetujuan itu.

Taikun Media, Berlusconi berusia 80 tahun lewat tahun ini dilihat akan melepaskan pegangan dalam kelab yang dimilikinya sejak 1986 sejak awal 2014, sejurus selepas disabitkan bagi penipuan cukai.

Berlusconi meletakkan harga juara Eropah tujuh kali itu sekitar satu billion euro (AS$1.13 bilion).

Alibaba hampir pasti mengambil alih AC Milan daripada bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi, menurut laporan media Itali kelmarin.
Alibaba hampir pasti mengambil alih AC Milan daripada bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi, menurut laporan media Itali kelmarin.

Tetapi rundingan untuk menjual pegangan minoriti kepada konsortium yang diketuai oleh ahli perniagaan Thailand, Bee Taecaubol berdasarkan penilaian yang jelas sudah terjejas, sekali gus memberikan ruang kepada China.

Menurut laporan semalam, bakal pembida menawarkan 400 juta euro (sekitar AS$450 juta) bagi 70 peratus pegangan dan syarikat Berlusconi, Finnivest melihatnya dengan serius.

Mesyuarat umum para pemegang saham dijadualkan petang ini dan Berlusconi dijangka akan memberikan mereka isyarat mengenai hasratnya.

Dengan Milan sekali lagi tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan, spekulasi bahawa Berlusconi bersedia untuk mengurangkan kerugiannya semakin meningkat.

Kelab itu dianggarkan kerugian 91 juta euro pada musim 2014/15 dan dilaporkan berhutang sekitar 250 juta. – AFP