Alibaba labur AS$4.6 bilion, kuasai Suning

Alibaba labur AS$4.6 bilion, kuasai Suning

SHANGHAI, 10 Ogos (AFP) – Gergasi internet China, Alibaba akan membayar sejumlah 28.3 bilion yuan (AS$4.6 bilion) bagi hampir 20 peratus pegangan saham dalam firma peruncit pengguna elektronik Suning, menurut kedua-dua syarikat dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama rangkaian membeli-belah China akan melabur sehingga 14 bilion yuan bagi hanya lebih satu peratus Alibaba, kata kenyataan itu, menjadikan nilai keseluruhan perjanjian itu kepada hampir AS$7 bilion.

Ia akan menjadikan Alibaba pemegang saham kedua terbesar dalam Suning, kata kenyataan itu, sambil menambah kedua-dua firma akan memulakan “kerjasama strategik” yang akan “memberi manfaat kepada beratus-ratus juta pengguna China” dan “mercu tanda yang memberi isyarat integrasi lanjut digital dan peruncitan offline”.

Suning adalah peruncit pengguna elektronik terbesar China, sementara laman Tmall.com milik Ali baba dipercayai menguasai lebih separuh pasaran China bagi transaksi perniagaan-kepelanggan. Plafform Taobao memegang lebih 90 peratus pasaran pelanggan-kepelanggan negara tersebut.

Alibaba mula terkenal dan mencatatkan keuntungan besarnya dengan membolehkan transaksi dalam talian, mencabar kaedah peruncitan tradisional.

Suning adalah peruncit pengguna elektronik terbesar China, sementara laman Tmall.com milik Ali baba dipercayai menguasai lebih separuh pasaran China bagi transaksi perniagaan-ke-pelanggan. – AFP
Suning adalah peruncit pengguna elektronik terbesar China, sementara laman Tmall.com milik Ali baba dipercayai menguasai lebih separuh pasaran China bagi transaksi perniagaan-ke-pelanggan. – AFP

Suning, yang ibu pejabatnya di bandar timur Nanjing, mengendalikan 1,600 kedai di lebih 280 bandar seluruh negara, dan juga mempunyai perniagaan e-dagangnya sendiri.

Pengasas Ali baba dan pengerusi eksekutif, Jack Ma berkata: “Lebih dua dekad lepas, e-dagang menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat China dan kerjasama baru ini membawa model bari dagangan yang diintegrasikan sepenuhnya secara dalam talian dan offline.”

Kedua-dua syarikat juga akan bekerjasama mengenai logistik dan merancang bahawa “pada masa depan” para pelanggan akan menerima tempahan sepantas tempoh dua jam selepas ia dikemukakan.

Pengerusi Suning Zhang Jindong pula berkata ia akan “membantu mengubah industri pengeluaran China serta memperluaskan lingkungan global jenama China.”

ARTIKEL YANG SAMA