Alibaba pecat pekerja curi kuih bulan

Alibaba pecat pekerja curi kuih bulan

BEIJING, 15 Sept – Empat kakitangan gergasi Internet China, Alibaba, kehilangan kerja selepas dituduh memprogram semula satu sistem dalaman untuk mencuri lebih 100 kotak kuih bulan, kuih tradisi dikongsi ketika Festival Pertengahan Musim Luruh disambut minggu ini.

Media tempatan melaporkan hari ini, Alibaba menawarkan diskaun kepada kakitangan kerana membeli kuih berbentuk bulat itu oleh kerana sambutan festival bermula hari ini.

Mereka berkata, kakitangan yang dipecat mengeksploitasi kelemahan dalam perisian untuk memperoleh lebih daripada peruntukan yang dikhususkan dan mencuri sejumlah 124 kotak kuih.

Satu kenyataan Alibaba berkata, pemecatan itu “agak malang, namun kami mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.” Kakitangan itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Alibaba adalah platform e-dagang terbesar dunia. – AP

Seorang pelanggan membeli set kuih bulan di sebuah pasar raya di Beijing, kelmarin. – AP
Seorang pelanggan membeli set kuih bulan di sebuah pasar raya di Beijing, kelmarin. – AP

ARTIKEL YANG SAMA