Alibaba perun...

Alibaba peruntuk satu juta pekerjaan

BEIJING, 11 Jan – Pengasas Alibaba Jack Ma dan Donald Trump menjadi tajuk utama berita dengan janji usahawan China untuk mewujudkan satu juta pekerjaan AS, namun penganalisis berkata tindakan tersebut adalah lebih mengenai jalinan perhubungan awam yang baik daripada kebenaran.

Janji daripada Menara Trump merupakan satu keputusan strategik oleh Ma untuk memenangi semangat muhibbah daripada presiden AS dan melindungi daripada risiko politik terhadap perniagaan membeli-belah internet Alibaba ke atas barang tirun, beritahu penganalisis e-dagangan bebas Li Chengdong kepada AFP.

“Kami tidak perlu memandang serius janji satu juta pekerjaan,” kata Li.

Dalam jangka pendek, ahli ekonomi berasa sangsi kerana angka sedemikian akan mewakili hampir satu peratus daripada kesemua pekerjaan di Amerika Syarikat, menjadikan firma tersebut salah satu majikan swasta terbesar di negara, kata Christopher Balding, profesor di Sekolah Perniagaan HSBC Universiti Peking. – AFP

Gambar fail pada 9 Januari 2017 menunjukkan Trump dan Jack Ma ketika bercakapdengan pemberita selepas mesyuarat di Trump Tower di New York. Jack Ma dan Donald Trump menjadi tajuk utama berita dengan janji usahawan China untuk mewujudkan satu juta pekerjaan AS. – AP

ARTIKEL YANG SAMA