Alicia Vikander terpilih untuk bawakan watak Lara Croft

PELAKON berasal dari Sweden, Alicia Vikander bakal membawa watak Lara Croft dalam filem Tomb Raider meraih perhatian pengemar filem berkenaan.

Foto pertama pelakon berusia 28 tahun itu menggantikan aktres terkenal Angelina Jolie yang sebelum ini sudah sebati dengan watak berkenaan tersebar di laman sosial.

Seperti dipetik dari Daily Mail, foto-foto berkenaan mula mendapat perhatian apabila Vikander melakukan aksi-aksi berbahaya dengan sendiri.

Alicia Vikander yang bakal membawa watak Lara Croft dalam filem Tomb Raider.
Alicia Vikander yang bakal membawa watak Lara Croft dalam filem Tomb Raider.

Vikander akan berhadapan dengan pelakon Walton Gonggins yang membawakan watak antagonis dalam filem sekuel tersebut.

Filem diadaptasi daripada siri permainan video itu merupakan antara filem yang ditunggu-tunggu dan dijadualkan keluar pada 28 Mac 2018.

Terdahulu watak Lara Croft pernah dibawakan oleh Angelina Jolie menerusi siri filem ‘Lara Croft: Tomb Raider’ (2001) dan ‘Lara Croft Tomb Raider: The Cradle of Life’ (2003).