Aliran keluar modal China perlahan

Aliran keluar modal China perlahan

BEIJING, 21 Julai – Aliran keluar berbilion dolar dari China menjadi perlahan pada suku kedua, angka rasmi menunjukkan hari ini, meskipun kelemahan yuan menjadikannya kurang menarik untuk bertahan.

“Tekanan aliran keluar modal antara sempadan telah berkurangan secara beransur-ansur,” kata Wang Chunying, jurucakap untuk Pentadbiran Tukaran Asing Negeri (SAFE), pada satu taklimat.

Data penyelesaian tukaran asing menunjukkan bank China menjual AS$49.0 bilion lebih dalam mata wang asing berbanding diterima oleh mereka di antara April dan Jun.

Ia ‘berkurangan mendadak’ daripada AS$124.8 bilion dalam tempoh Januari-Mac, kata beliau.

Angka bulanan adalah lebih dramatik, dengan AS$12.8 bilion keluar pada Jun, merosot daripada AS$54.4 bilion pada Januari, tambah beliau.

Wang telah mengalir keluar dari China dalam beberapa tahun ini tatkala pertumbuhannya menjadi perlahan, menambah kepada tekanan ke atas mata wangnya dan menjadikan aset dalam yuan kurang menarik untuk dipegang, satu kitaran kejam untuk ekonomi kedua terbesar dunia.

Pihak berkuasa telah memperketat sekatan ke atas aliran wang antara sempadan, termasuk mengenakan had maksimum pengeluaran wang tunai luar negara menggunakan kad bank domestik pada 100,000 yuan setiap tahun dari Januari dan mewajibkan bank membayar deposit 20 peratus ke atas jualan tukaran asing untuk membendung spekulasi.

Satu penjualan adalah komitmen untuk menjual pada harga dan tarikh yang telah ditetapkan. – AFP