All Blacks juara, kejohanan dinobat ‘paling terbaik’

All Blacks juara, kejohanan dinobat ‘paling terbaik’

LONDON, 1 Nov (Reuters) – New Zealand muncul juara ragbi Piala Dunia 2015 selepas menewaskan Australia 34-17 pada aksi final di sini, semalam.

Kejayaan itu yang menerima pujian para penganjur sebagai perlawanan paling terbesar, terbaik dan kompetitif sekali gus membolehkan skuad All Blacks memenangi kejuaraan itu buat kali kedua berturut-turut selepas 2011 di laman sendiri.

Perlawanan tersebut ditonton oleh anggaran 120 juta orang dari seluruh dunia.

Pengerusi Ragbi Dunia Bernard Lapasset berkata kejohanan selama enam minggu itu adalah “paling terbaik dihadiri penonton, ditonton dan ragbi Piala Dunia paling berjaya.”

Kapten All Blacks Richie McCaw memegang trofi sambil dikelilingi rakan sepasukan selepas muncul juara ragbi Piala Dunia dengan menumpaskan Australia di Stadium Twickenham di London, pada 31 Oktober 2015. – Agensi

Penganjur-penganjur berkata lebih 2.47 juta tiket dijual di semua 48 perlawanan dengan lebih sejuta para peminta mengunjungi zon peminat sepanjang kejohanan di England dan Wales.

Lebih 250 juta pound (AS$385.65 juta) dijana dalam perolehan tiket, menghasilkan lebihan hasil 80 juta pound kepada Ragbi Dunia dan lebihan hasil 15 juta pound kepada RFU Inggeris “yang akan dilaburkan ke dalam pembangunan sukan itu.”

“Piala Ragbi Dunia 2015 akan diingati sebagai kejohanan terbesar setakat ini, tetapi saya yakin ia akan diingati sebagai yang terbaik,” kata Lapasset.