All Blacks yakin lebur Wallabies

All Blacks yakin lebur Wallabies

BAGSHOT, England, 29 Okt (AFP) – New Zealand menjangka Australia akan mengamalkan corak permainan bola tinggi pada final Ragbi Piala Dunia, Sabtu ini dan mereka yakin mampu mengatasi taktik berkenaan selepas dibantu seorang warga Australia.

Bekas pemain Australian rules football, Mick Byrne memberikan keyakinan kepada All Blacks dan mengangkat pemain pertahanan Ben Smith sebagai salah seorang pemain paling hebat di dunia.

Kaedah tendangan serta tekanan ke atas lawan mewarnai saingan Piala Dunia kali ini ketika pertembungan antara All Blacks dan Wallabies di Twickenham dijangka tidak terkecuali dengan corak permainan sama.

Springboks menggunakan kaedah itu dengan berjaya sepanjang babak pertama aksi separuh akhir menentang All Blacks dan menjadikan pemain novis Test, Nehe Milner-Skudder sebagai sasaran tetapi dia kerap kali diatasi pemain lebih tinggi, Bryan Habana.

Begitu pun, selepas jurulatih Steve Hansen mengubah posisi pemain tinggi lampai Ben “Bender” Smith dari pertahanan ke sayap, masalah itu dapat diatasi serta-merta.

Pasukan New tatkala mengadakan sesi latihan di Pennyhill Park, Bagshot, England, pada 27 Oktober 2015. – Agensi
Pasukan New tatkala mengadakan sesi latihan di Pennyhill Park, Bagshot, England, pada 27 Oktober 2015. – Agensi

“Bender adalah pemain yang mampu menangkap bola tinggi dengan baik,” kata Hansen.

“Bukan saya mahu kata Nehe tidak boleh melakukannya tapi lebih elok jika kami letakkan pemain paling sesuai untuk melakukannya, Bender sangat bijak dengan tugas itu.” Smith dijangka berdepan corak permainan serupa daripada Wallabies.

“Kami akan turut bersedia andai lawan menggunakan taktik bola tinggi,” katanya.

“Banyak pasukan mahu mengamalkan corak permainan yang menyaksikan pemain berkumpul dan tidak mustahil Australia akan turut mengubah taktik mereka.