All Seasons buka cawangan ke-4

All Seasons buka cawangan ke-4

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mei – Restoran All Seasons kini telah mendedahkan cawangan keempatnya kepada umum yang terletak di Tingkat Mezzanine (M), Hotel Parkview, Kampung Jerudong.

Cawangan terbaru ini turut menyediakan beberapa buah bilik dengan ruang yang cukup luas sesuai untuk acara-acara persendirian yang mampu menampung seramai 300 orang, dilengkapi dengan kemudahan sistem PA, projektor dan kemudahan Wi-Fi secara percuma.

Bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di hotel tersebut, restoran ini turut menyediakan Dewan Barakah di Tingkat 7 yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 jemputan dengan tambahan tiga bilik VIP.

pg10_160514_b

Antara hidangan yang menyelerakan yang ditawarkan di Restoran All Seasons.
Antara hidangan yang menyelerakan yang ditawarkan di Restoran All Seasons.

pg10_160514_c

Restoran yang terkenal dengan hidangan dim sum ini juga menampilkan hidangan terbarunya seperti Rainbow Bao dan Hello Kitty Bao serta hidangan-hidangan dari barat dan timur antaranya ‘Beijing Duck’ dan banyak lagi.

Bagi para pelanggan yang berminat, Restoran All Seasons beroperasi setiap hari Isnin sehingga Sabtu pada jam 10 pagi sehingga 10 malam, manakala hari Ahad, bermula pada jam 8 pagi sehingga 10 malam.

Waktu operasi ini juga dibukakan kepada para pelanggan yang membuat pembelian secara tempahan bagi penghantaran.

ARTIKEL YANG SAMA