All Seasons perkenal menu istimewa TBC

All Seasons perkenal menu istimewa TBC

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Sempena Sambutan Tahun Baru Cina (TBC) yang bakal menjelang tidak lama lagi, Restoran All Seasons menawarkan lima set menu yang lazat untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebagai pembuka selera, kelima-lima set menu dengan setiap satu sesuai bagi 10 orang, didatangkan dengan ‘Salmon Fish Yee Sang’ yang terkenal.

Hidangan yang berwarna-warni ini popular dengan masyarakat Cina di rantau ASEAN seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan juga di Brunei.

Lima set tersebut ialah Set A yang mengandungi hidangan utama ikan bawal goreng berkicap, udang mentega dengan telur masin dan ayam panggang serta sayuran dan sup. Set B pula menampilkan ikan bawal goreng dengan sambal udang, itik Beijing dan udang masak lada hitam serta sayuran dan sup, Set C dihidangkan dengan masakan utama ikan selongsong masak Teo Chew, udang disaluti herba Cina, itik goreng rangup bersama keladi. Manakala Set D pula menghidangkan ikan merah stim berkicap, udang Thai mayonis bersama ketam kulit lembut dan ayam dimasak dengan herba Cina dan Set E menampilkan ikan kod stim dalam sos masam manis Thai, udang dan kekapis goreng bersama sayur dan itik garing beraroma.

Salmon Fish Yee Sang, pembuka selera yang terdapat pada semua lima set menu berkenaan.
Salmon Fish Yee Sang, pembuka selera yang terdapat pada semua lima set menu berkenaan.
Lobster 5 Combination yang digabungkan dengan pelbagai jenis makanan.
Lobster 5 Combination yang digabungkan dengan pelbagai jenis makanan.

Semua ini dihidangkan bersama empat hingga lima kombinasi pencuci mulut dan salad serta minuman teh Cina.

Selain itu, Restoran All Seasons juga menghidangkan pelbagai jenis menu ala carte bagi Tahun Baru Cina ini, termasuklah Lobster 5 Combination, London Aromatic Crispy Duck, Grill Lamb Rib Steak dan banyak lagi.

ARTIKEL YANG SAMA