All-Star FC juara bola sepak 7 BL

All-Star FC juara bola sepak 7 BL

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

TEMBURONG, 13 Sept – Pasukan All-Star FC muncul juara Kejohanan Bola Sepak 7 BL setelah berjaya menumpaskan pencabar terdekatnya Pasukan Lun Tau FC yang terpaksa akur sebagai naib juara kejohanan itu baru-baru ini.

Tampil di tempat ketiga pada kejohanan yang berlangsung di Padang Sekolah Rendah Amo, Temburong itu ialah Pasukan GSS B FC yang mengatasi 10 lagi pasukan lain yang turut menyertai kejohanan yang buat julung-julung kali diadakan di daerah itu.

Hadir menyaksikan perlawanan akhir dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Penasihat BL, Awang Ribut Pagan yang juga selaku penganjur kejohanan.

Gambar ramai para finalis pada perlawanan akhir kejohanan itu baru-baru ini.
Gambar ramai para finalis pada perlawanan akhir kejohanan itu baru-baru ini.

Menurut penganjur, antara tujuan kejohanan adalah untuk menampilkan bakat-bakat bola sepak di Daerah Temburong supaya tampil ke hadapan dan seterusnya menjadi platform memperkembangkan sukan yang diminati ramai itu di sana.

Selain daripada itu, ia turut menjadi wadah perpaduan dalam kalangan para peserta dan pasukan yang sekali gus menjadi pengerat tali silaturahim di antara semua yang terlibat

di samping menjadi platform menggalakkan budaya dan amalan gaya hidup sihat terutama di Daerah Temburong.

ARTIKEL YANG SAMA