All Stars West dapat sokongan pemain Warrior

All Stars West dapat sokongan pemain Warrior

AMERIKA SYARIKAT, 29 Jan – Klay Thompson dan Draymond Green akan menyertai rakan sepasukan Golden State, Stephen Curry sebagai pemain All-Star West apabila NBA mengumumkan pemain-pemain simpanan untuk perlawanan bulan depan itu hari ini.

Juara bertahan Warriors telah mendominasi tajuk-tajuk utama musim ini dengan fasa rekod kemenangan mereka dan mereka diberi ganjaran menghantar tiga pemain ke pameran bintang NBA pada 14 Februari ini di Toronto.

Di samping itu, jurulatih bahagian West Gregg Popovich juga menamakan pemain guard Chris Paul dan James Harden bersama DeMarcus Cousins, Anthony Davis dan LaMarcus Aldridge ke dalam skuadnya.

Pemain permulaan Curry, Russell Westbrook, Kobe Bryant, Kevin Durant dan Kawhi Leonard diundi masuk oleh para peminat.

Di bahagian East pula, pemain guard John Wall, Jimmy Butler dan Isaiah Thomas akan bermain bersama DeMar DeRozan dan pemain tinggi Andre Drummond, Paul Milsap dan Chris Bosh.

Pemain permulaan bagi East termasuk Kyle Lowry, Dwayne Wade, LeBron James, Paul George dan Carmelo Anthony. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA