Allardyce dorong pasukan lebih bersemangat

Allardyce dorong pasukan lebih bersemangat

LONDON, 24 Julai – Pengurus Pasukan England yang baru, Sam Allardyce memberitahu para pemainnya untuk menggunakan penyingkiran mengejut mereka dari Euro 2016 kepada Pasukan Iceland sebagai motivasi pada masa depan.

Pengurus itu, 61, dilantik pada Jumaat lalu sebagai pengganti kepada Roy Hodgson, yang meletak jawatan selepas pasukannya tersingkir dari Euro di Perancis dengan kekalahan 2-1 kepada Iceland dalam pusingan 16.

Allardyce, yang secara dramatik mengekalkan pasukan Sunderland dalam Liga Perdana musim lalu, mahu pasukan mudah England untuk terus positif biarpun kekecewaan baru–baru ini.

“Ia adalah satu pengalaman yang mengecewakan seperti yang kita semua ketahui….pemain seharusnya mengekalkannya, mereka seharusnya memegangnya dan menggunakannya sebagai positif, yang mana kita tidak mahu mengalaminya sekali lagi,’ katanya dalam temubual bersama FATV.

‘Saya memikirkan, terutamanya ia adalah mengenai mendapatkan kembali, mungkin, sedikit keyakinan yang dirasakan hilang selepas Euro.

Gambar fail pada 7 November 2015 menunjukkan Allardyce ketika menanti bermulanya perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Sunderland dan Southampton di Stadium of Light, Sunderland, England. Allardyce telah dilantik sebagai pengurus pasukan bola sepak kebangsaan England dengan kontrak dua tahun. – AP
Gambar fail pada 7 November 2015 menunjukkan Allardyce ketika menanti bermulanya perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Sunderland dan Southampton di Stadium of Light, Sunderland, England. Allardyce telah dilantik sebagai pengurus pasukan bola sepak kebangsaan England dengan kontrak dua tahun. – AP

‘Mari bermula lagi dari hari pertama. Mari letakkannya ke tepi, berusaha lagi, belajar dari pengalaman yang diperoleh pada Euro.

‘Kita akan berada dalam kelayakan, cuba untuk layak bagi Piala Dunia dan apabila kita pergi pada masa depan, kita sudah bersedia, saya rasa dari segi mental, untuk berjaya.”

Allardyce, yang melihat tugasan England apabila Steve McClaren dilantik bagi kedudukannya sebagai pengurus pada 2006, membawa banyak pengalaman serelah menguruskan lima kelab yang berbeza dalam Liga Perdana.

Tetapi tugasannya adalah yang sukar ketika England masih lagi tanpa trofi utama sejak kejayaan Piala Dunia 50 tahun yang lalu, dan tanpa kemunculan dalam separuh akhir sejak menghoskan Euro 96. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA