Allardyce ikrar perbaiki England

Allardyce ikrar perbaiki England

BURTON-ON-TRENT, United Kingdom, 26 Julai – Pengurus baru England Sam Allardyce semalam berikrar untuk memecahkan penghalang psikologi yang menjejaskan persaingan nama-nama besar negara itu pada peringkat antarabangsa.

Alardyce juga mendedahkan dia belum membuat keputusan siapa yang akan menjadi kapten pasukan England selepas menyaksikan persembahan Euro 2016 kapten Manchester United Wayne Rooney dikritik.

Kempen England pada Kejuaraan Eropah di bawah mantan Roy Hodgson bulan lalu sampai ke kemuncaknya apabila disingkirkan Iceland dalam kelompok 16 terakhir, biarpun skuad itu dikuatkan dengan pemain berbakat Liga Perdana. Hodgson dengan segera meletak jawatan.

Alardyce, yang bercakap pada sidang akhbar pertamanya di St George Park selepas pelantikannya, akan berusaha untuk menangani kesukaran pemikiran ketika England berusaha untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Faktor takut skuad England adalah perkara pertama yang ditangani Allardyce selepas dilantik sebagai pengendali baru The Three Lions. – AFP
Faktor takut skuad England adalah perkara pertama yang ditangani Allardyce selepas dilantik sebagai pengendali baru The Three Lions. – AFP

“Tekanan ke atas pemain pada peringkat antarabangsa akan kami lihat sedalam-dalamnya,” kata pengurus Inggeris berusia 61 tahun itu, dengan nama jolokan “Big Sam” yang tewas kepada Steve McClaren bagi tugasan England itu 10 tahun lalu.

“Saya akan memperbaiki semua bahagian bagi manfaat semua pemain. Elemen pertama adalah untuk berada dalam kalangan kakitangan dan berbincang mengenai program terutama program psikologi.

“Ia bukanlah mengenai potensi sekarang. Ia mengenai bangkit dan diambil kira walaupun sebahagian daripada pengalaman tersebut adalah pahit.

“Potensi perkataan yang saya tidak suka gunakan. Anda mahu kualiti sebenar pemain menghasilkan yang terbaik dengan segera.

“Saya rasa kumpulan ini adalah berpengalaman dan boleh menghasilkan lebih banyak persembahan dengan keputusan lebih baik. Ia bukanlah mengenai kelayakan, tetapi untuk pergi sejauh yang mungkin.” – AFP