Allardyce mungkin jadi ‘Big Shame’

Allardyce mungkin jadi ‘Big Shame’

LONDON, 27 Sept – Pengurus England Sam Allardyce (gambar) dirakam secara rahsia memberi nasihat bagaimana untuk mengelakkan peraturan perpindahan serta meniru suara pendahulunya, Roy Hodgson, menurut laporan akhbar Daily Telegraph, hari ini.

Allardyce, 61, dirakam memberitahu kepada kumpulan yang disangkakan pelabur dari Asia Timur dengan mengatakan tidak mustahil untuk mengelak peraturan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) yang menghalang pihak ketiga daripada memiliki pemain.

Lelaki itu bagaimanapun adalah wartawan Telegraph yang menyamar. Allardyce yang dilantik sebagai pengurus England Julai lalu bersetuju untuk ke Singapura dan Hong Kong sebagai duta kepada firma palsu dengan bayaran 400,000 pound.

Dia kemudian bercakap mengenai Hodgson yang meletak jawatan selepas penyingkiran England di Euro 2016 kepada Iceland sebagai ‘Woy’ (slanga) pada 2012, menggelarnya sebagai ‘tidak boleh diterima’.

Big Sam mengkritik pendekatan Hodgson pada Euro 2016, berkata dia ‘terlalu takut membuat keputusan’ dan berkata dia sepatutnya memberitahu penolong pengurus, Gary Neville untuk ‘duduk dan berdiam diri’.

Dia juga berkata FA ‘bodoh dengan membelanjakan 870 juta pound membina semula Wembley’ dan mengadu Putera William, presiden FA, tidak menghadiri majlis pelancaran Euro 2020 di London minggu lalu.

Dalam satu kenyataan kepada Telegraph, FA berkata: “Kami meminta The Daily Telegraph untuk memberi kami kenyataan penuh berhubung perkara ini.”

Akhbar itu berkata Allardyce tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap perkara terbabit. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA