Allardyce sokong Hart

Allardyce sokong Hart

BURTON-ON-TRENT, United Kingdom, 23 Ogos – Penjaga gol Joe Hart akan mengekalkan tempatnya dalam skuad England biarpun digugurkan oleh Manchester City, kata jurulatih pasukan kebangsaan, Sam Allardyce semalam.

Hart, 29, yang belum lagi beraksi diturunkan City musim ini selepas pengurus barunya Pep Guardiola memutuskan untuk menempatkan Willy Caballero sebagai penjaga gol pertamanya.

Hart, dengan 63 kap, melalui kesukaran Euro 2016 bersama England, tetapi Allardyce akan menyokongnya apabila menamakan skuadnya Ahad ini bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Slovakia yang akan diadakan 4 September depan.

“Dari segi pemilihan Joe dan penjaga gol itu, dia sudah pasti berada dalam skuad,” Allardyce memberitahu Sky Sports News di pangkalan latihan St George Park, England yang berpangkalan di Burton, tengah England. – AFP

Joe Hart (kanan) menyaksikan rakannya Wilfredo Caballero sebelum diturunkan dari bangku simpanan ketika City menentang Sunderland dalam aksi Liga Perdana di Stadium Etihad, 13 Ogos lalu. – AP
Joe Hart (kanan) menyaksikan rakannya Wilfredo Caballero sebelum diturunkan dari bangku simpanan ketika City menentang Sunderland dalam aksi Liga Perdana di Stadium Etihad, 13 Ogos lalu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA