Allegri bangga kejayaan Juventus

Allegri bangga kejayaan Juventus

MILAN, 2 Mei (AFP) – Jurulatih, Massimiliano Allegri menyaksikan Juventus meraikan kejayaan gelaran kali kelima berturut-turut di Turin sementara bekas kelab AC Milan semakin jatuh di kedudukan Serie A, sekali gus terlepas tempat ke Eropah. Pemain tengah Brazil, Hernanes menjaringkan gol pertama buat Juve bagi membolehkan tuan rumah mendahului pada babak pertama namun pasukan itu perlu menanti hingga minit ke-80 sebelum Simone Zaza menambah jaringan, yang kemudiannya digantikan Alvaro Morata, sebelum sambutan meraikan kejayaan itu bermula.

Juventus, kini 15 mata di depan pasukan tempat kedua, Napoli yang akan menerima kunjungan Atalanta pada awal pagi esok, kini sudah menyamai rekod gelaran Serie A buat kali kelima berturut-turut pada Isnin lalu apabila Roma menewaskan Napoli 1-0 di ibu negara itu.

Allegri berbangga dengan kejayaan Juventus setelah mengekalkan kejayaan gelaran kali kelima Serie A berturut-turut di Turin. – AFP
Allegri berbangga dengan kejayaan Juventus setelah mengekalkan kejayaan gelaran kali kelima Serie A berturut-turut di Turin. – AFP

Selepas seminggu meraikannya, ia adalah sukar bagi pasukan lain untuk mengejar gergasi Turin namun Allegri berkata, “Ia adalah perlawanan yang hebat tetapi tekanan semakin berkurang susulan meraikan gelaran kami minggu lalu. “Tetapi apa yang penting kini adalah bagi kami mengekalkan fokus dengan mensasarkan final Piala Itali menentang Milan.”

Allegri kini sudah memenangi tiga gelaran Serie A apabila membimbing AC Milan pada 2011, sebelum dibuang oleh juara tujuh kali Eropah susulan kekalahan 4-3 kepada Sassuolo pada Januari 2014.

ARTIKEL YANG SAMA