Alli pencetus kemenangan Spurs

Alli pencetus kemenangan Spurs

LONDON, 7 Feb – Dele Alli tampil daripada bangku simpanan bagi membantu Kieran Trippier untuk gol tunggal Tottenham Hotspur dan sekali gus menjamin kemenangan 1-0 ke atas Watford, malam tadi.

Alli yang juga pemain remaja Spurs tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas menarik diri pada separuh masa perlawanan menentang Norwich di pertengahan minggu ini kerana masalah pening.

Biarpun Spurs yang mendominasi perlawanan tidak berjaya melepasi halangan penjaga gol Watford, Huerelho Gomes, Alli kemudian dimasukkan selepas sejam perlawanan dan hanya dalam tiga minit selepas itu, dia melakukan hantaran silang daripada kiri kepada Tripper yang terus membuat sepakan ke gawang.

Alli yang membantu lima gol untuk mengumpul enam gol dalam 13 perlawanan Liga Perdana Inggeris mempamer persembahan mengagumkan selepas Gomes berjaya menghalang cubaan Ben Davies pada babak pertama dan Son Heung-min selepas waktu rehat. – Reuters