Almagro juarai Terbuka Estoril

Almagro juarai Terbuka Estoril

ESTORIL, Portugal, 2 Mei (AFP) – Nicolas Almagro mengakhiri kemarau kejuaraan sejak empat tahun lalu dengan memenangi Terbuka Estoril menewaskan rakan senegara dari Sepanyol, Pablo Carreno Busta 6-7 (6-8), 7-6 (7-5), 6-3, semalam.

Kejayaan yang diperoleh selepas tiga jam bertarung itu, menandakan kemenangan pertama buat pemain berumur 30 tahun itu sejak memenangi Nice di gelanggang tanah liat pada Mei 2012.

Pemain nombor 71 dunia itu menghabiskan beberapa musim lalu untuk pulih daripada kecederaan tetapi dia semakin memperoleh keyakinan menjelang Roland Garros sekali gus menjulang trofi ke-13 dalam kariernya.

“Setiap kejohanan adalah sukar, dengan Roland Garros yang semakin hampir, semuanya semakin sengit. Semua orang mahu bersedia bagi Terbuka Perancis,” katanya.

Almagro meraikan kejayaan bersama trofinya selepas menewaskan saingannya, Pablo Carreno pada Perlawanan Terbuka Estoril dengan kemenangan 6-7, 7-6 dan 6-3. – AFP
Almagro meraikan kejayaan bersama trofinya selepas menewaskan saingannya, Pablo Carreno pada Perlawanan Terbuka Estoril dengan kemenangan 6-7, 7-6 dan 6-3. – AFP

“Ia adalah hebat dapat memenangi gelaran selepas sekian lama, ia adalah pertarungan sengit dengan Pablo hari ini, yang bermain dengan sangat baik.

“Persembahan saya juga semakin baik pada minggu ini. Saya terlepas banyak perlawanan yang sepatutnya saya menang. Saya sedang memperoleh prestasi saya semula. Tetapi saya kini lebih berkeyakinan dengan permainan saya.”

Almagro menyebabkan saingan lebih sukar buat dirinya dalam dua set pertama, yang berlangsung selama dua jam.

ARTIKEL YANG SAMA