Almari baju, kemas dan teratur

ALMARI adalah tempat atau ruangan simpanan yang biasanya digunakan untuk mengatur segala koleksi pakaian dari hujung rambut sampai hujung kaki. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu dan buntu bagaimana cara yang terbaik untuk menata almari agar bisa menyimpan barangan peribadi dengan sempurna.

Anda perlu menitik beratkan penjagaan baju jika anda nak baju tahan lama dan kekal cantik. Oleh itu, gunakan hanger yang bersesuaian dengan fabrik pakaian. Untuk jaket yang berasaskan material tebal dan berat, cuba gunakan hanger kayu manakala hanger lembut yang mempunyai perincian span untuk pakaian yang lebih ringan dan mudah rosak.

Papan pancang atau “pegboard” adalah sejenis papan pasak yang boleh anda gantungkan di pintu sebelah dalam almari untuk menggantungkan segala keperluan peribadi anda yang ringan namun penting seperti beg kantung, aksesori mahupun cermin dan koleksi selendang yang dipakai sehari-hari.

Salah satu solusi yang bijak, anda boleh menyusun dan memberi sentuhan sendiri terhadap ciptaan almari anda.

 

Kotak kasut jenis lut sinar dan boleh di timbun boleh dibeli di kebanyakan gedung yang menjual barangan rumah. Kasut lebih mudah reput dan rosak jika terlalu terdedah terhadap udara dan dibiarkan begitu sahaja tanpa penjagaan rapi. Oleh itu, tempatkan ia di dalam kotak plastik agar terpelihara sentiasa dan kelihatan kemas juga!

Salah satu solusi yang bijak, anda boleh menyusun dan memberi sentuhan sendiri terhadap ciptaan almari anda. Meskipun almari itu telah mempunyai ruang simpanan yang sedia bina, anda sebenarnya boleh menggunakan almari secara menyeluruh. Percayalah bahawa setiap ruang kosong ada kegunaannya. Anda boleh gunakan rak tergantung, malah tong serbaguna untuk menyimpan serta memenuhi ruangan dalam almari secara optimum.

Kadang-kala, ruangan yang kecil pun bisa dimuatkan barang yang banyak. Dengan idea yang bijak, anda pasti boleh menjadikan almari baju sebagai ruangan yang paling kemas serta teratur. Anda nak ketahui caranya? Jom ikuti inspirasi dari gambar-gambar ini!