Alonso beri amaran

Alonso beri amaran

SILVERSTONE, United Kingdom, 5 Julai (AFP) – Fernando Alonso semalam memberi amaran peminat McLaren yang kecewa akan bertambah buruk sebelum mereka berada dalam keadaan yang lebih baik, selepas dia dan Jenson Button gagal untuk mara dari Q1 di Grand Prix British.

Juara dua kali Alonso akan bermula pada kedudukan ke-17 dan juara 2009 Button pada kedudukan ke-18 setelah kedua-duanya gagal buat kali pertama untuk mencatatkan cut sejak Grand Prix China April lalu.

“Segalanya akan bertambah buruk berbanding yang kami jangka pada dasarnya, tetapi apabila kami menyaksikan keadaan ini dalam perlumbaan ketiga atau keempat. Apa yang kami capai sekarang adalah lebih baik daripada yang dijangka,” kata pelumba dari Sepanyol itu.

“Saya faham berada dalam Q1 tidak kelihatan seperti itu dari luar tetapi kami tenang apabila tiba di Hungary dalam tempoh tiga minggu, ia masih sama dan apabila kami tiba di Spa, ia masih sama.

“Jadi jika ada sesiapa bosan, mereka boleh melihat di Jepun atau Mexico kerana terdapat perlumbaan teruk berbanding ini. Kami mengetahuinya. Perancangan kami bagi mereka lebih teruk berbanding ini, untuk bermula dengan denda adan menukar banyak perkara.”

Fernando Alonso bergambar untuk media semasa perasmian Muzium Fernando Alonso di Llanera, utara Sepanyol 26 Jun lalu. – Reuters
Fernando Alonso bergambar untuk media semasa perasmian Muzium Fernando Alonso di Llanera, utara Sepanyol 26 Jun lalu. – Reuters

Apa yang menarik bagi kebanyakan kebanyakan peminat yang kecewa menyokong pasukan McLaren yang berpangkalan di Britain di litar itu, menurut Alonso kelayakan semalam adalah salah satu daripada yang terbaik mereka hasilkan tahun ini.

“Saya tahu ia seperti bercanggah tetapi kami tidak pernah berada 1.5 saat di belakang Ferrari yang menggunakan tayar sederhana di litar kedua terpanjang tahun ini.

“Dan saya rasa jurang jarak pertama lebih kecil tetapi kami mempunyai sedikit tenaga sekarang dan sehingga kami memperbaikinya selepas terjejas.”

Kemudian muncul Alonso dan pasukannya terselamat dengan teguran selepas kekeliruan mengenai tayar.

ARTIKEL YANG SAMA