Alonso optimis

Alonso optimis

MONACO, 26 Mei (AFP) – Fernando Alonso kekal optimis mengenai masa depan semalam walaupun terpaksa bersara daripada Grand Prix Monaco Ahad lalu di mana rakan sepasukannya, Jenson Button dari Britain meraih mata pertama untuk pasukan McLaren Honda tahun ini dengan menduduki tempat kelapan.

Juara dunia dua kali dari Sepanyol itu mengekori Button dengan selesa di tempat kesembilan pada pertengahan perlumbaan apabila dilanda isu mekanikal menyebabkannya terjerumus ke luar laluan di selekoh Ste Devote. Ia adalah persaraan pertamanya daripada perlumbaan sejak 2004.

“Itu tidak menjadi masalah kepada saya. Apa yang lebih penting ialah perlumbaan di Barcelona ​​tetapi kelayakan di sini dan kini dalam perlumbaan, saya bercakap sejenak ketika enjin kereta masih hidup,” kata Alonso.

“Dalam ketiga-tiga sesi di sini, saya menghadapi beberapa isu mekanikal, jadi, mudah-mudahan kami boleh menyelesaikannya dan membuat kemajuan. Memanglah ia membimbangkan tetapi tahun ini tidak penting kepada saya.

“Bagi saya, selesaikan di tempat ke-14 kejohanan atau ke-11 tidak akan benar-benar mengubah hidup saya.

Alonso menandatangani autograf menjelang perlumbaan GP Monaco Jumaat lalu. – AFP
Alonso menandatangani autograf menjelang perlumbaan GP Monaco Jumaat lalu. – AFP

“Saya mahu menjadi juara dunia dan tahun ini tidak mungkin. Jadi saya telah meletakkan semua fokus pada tahun depan.

“Baguslah masalah timbul tahun ini kerana ia bermakna kami tidak akan mengulanginya lagi tahun depan apabila ada kereta yang kompetitif.

“Saya rasa ini adalah satu ujian – bukan ujian musim sejuk tetapi ujian tahun penuh dan kami akan cuba untuk melalui 2015 dengan pembelajaran maksimum.”

Button berkata, beliau merasakan ia adalah satu kejayaan pasukan untuk mendapatkan mata pertama mereka akhirnya, tetapi tiada apa-apa untuk diraikan. “Ia akan memberikan kami harapan dan motivasi,” kata beliau. “Tetapi kami masih ada banyak yang perlu dilakukan.”

McLaren mencatatkan rekod dengan 15 kemenangan di Grand Prix Monaco, enam kemenangan melebihi pasukan kedua terbaik, Ferrari dengan catatan sembilan.