Alonso terpaksa diketepikan

Alonso terpaksa diketepikan

MANAMA, 1 April (Reuters) – Pemandu Formula Satu McLaren’s, Fernando Alonso diketepikan daripada perlumbaan Bahrain Grand Prix selepas mendedahkan bahawa dia mengalami patah tulang rusuk dan mengalami kecederaan di bahagian paru-paru dalam kemalangan pada perlumbaan pembukaan di Australia pada 20 Mac lalu.

Ketiadaan pemandu dari Sepanyol itu membuka laluan kepada pemandu simpanan pasukannya Stoffel Vandoorne dari Belgium untuk memulakan perlumbaan pertamanya.

Alonso memberitahu para wartawan di litar Sakhir bahawa dia telah membuat segala apa yang dia mampu untuk berada dalam keadaan sedia untuk berlumba Ahad ini, namun beliau terpaksa menghormati keputusan doktor.

Dia berkata bahawa dia telah menjalani pengimbasan di Sepanyol minggu lepas yang telah mendedahkan bahawa terdapat kecederaan kecil di bahagian paru-paru dan retak di tulang rusuknya.

“Kerana itu… jika diteruskan dengan perlumbaan kuasa-G ini, keretakan itu boleh bergerak ke dalam paru-paru,” jelasnya.

Fernando Alonso ketika sidang media menerangkan mengenai perkara tersebut. – AFP
Fernando Alonso ketika sidang media menerangkan mengenai perkara tersebut. – AFP

Persekutuan Badan Automobil Antarabangsa (FIA) berkata imbasan di bahagian dada diminta sekali lagi sebelum bermulanya Grand Prix China dan keputusan-keputusan itu akan dianalisis sebelum membenarkannya untuk berlumba di sana.

“Ia belum tentu 100 peratus,” Alonso berkata mengenai peluangnya untuk bersaingan di pusingan ketiga dari 21 perlumbaan musim ini di Shanghai pada 17 April.

Vandoorne, yang merupakan juara GP2 tahun lepas dan bintang baru dalam sukan itu, adalah pelumba simpanan rasmi McLaren’s dan telah diterbangkan dari Jepun di mana dia berlumba dalam siri-siri perlumbaan domestik.

Pelumba dari Belgium itu akan berada di litar Bahrain hari ini, dalam masa bagi latihan pertama dengan Alonso akan memberikan bantuan yang diperlukan.

Alonso ditimpa kemalangan di Melbourne, selepas berlanggar dengan pemandu Mexico Esteban Gutierrez Haas pada 20 Mac lalu, yang memberikan drama yang hebat di mana perlumbaan tersebut terpaksa dimulakan semula.

ARTIKEL YANG SAMA