Alonso terpantas sesi ujian di Silverstone

Alonso terpantas sesi ujian di Silverstone

SILVERSTONE, 13 Julai – Pemandu McLaren, Fernando Alonso mencatat masa terpantas pada hari pertama sesi ujian di sini, semalam.

Juara dua kali Formula Satu (F1) yang menamatkan Grand Prix (GP) British di tangga ke-13 minggu lalu itu, mendahului catatan masa sesi ujian yang turut disertai pemandu simpanan Renault, Esteban Ocon.

Hari kedua sesi ujian dalam musim penuh 2016 itu dijadual bersambung hari ini.

Perlumbaan F1 selepas ini dijadual ke Budapest untuk GP Hungary pada 24 Julai ini tatkala pemandu Mercedes, Nico Rosberg mendahului rakan pasukan dan juga juara GP British, Lewis Hamilton dengan kelebihan satu mata dalam carta keseluruhan. – AFP

Fernando Alonso  ketika sesi latihan ketiga di litar lumba motor di Silverstone, pada 9 Julai lalu. Alonso mencatat masa terpantas pada hari pertama sesi ujian di Silverstone, semalam. – AFP
Fernando Alonso ketika sesi latihan ketiga di litar lumba motor di Silverstone, pada 9 Julai lalu. Alonso mencatat masa terpantas pada hari pertama sesi ujian di Silverstone, semalam. – AFP