Alphabet Inc atasi Apple

Alphabet Inc atasi Apple

NEW YORK, 2 Feb – Alphabet Inc melaporkan keuntungan suku yang lebih baik daripada dijangka semalam, menyebabkan saham syarikat induk Google meningkat selepas waktu perniagaan dan menjadikannya syarikat AS paling bernilai di depan pesaing Apple Inc.

Ia adalah suku pertama di mana syarikat memberikan maklumat mengenai apa yang digelarnya “Other Bets” seperti kereta pandu sendiri, dan keputusan kukuh itu meredakan kebimbangan pelabur mengenai perbelanjaan syarikat ke atas projek besar.

“Asalkan perniagaan utama terus beroperasi dengan baik dengan pendapatan pesat, pelaburan dalam perniagaan berkenaan boleh diteruskan,” kata Ronald Josey daripada JMP Securities.

Alphabet berkata pendapatan bergabung melonjak 17.8 peratus kepada AS$21.33 bilion dalam suku keempat yang berakhir pada 31 Disember, daripada AS$18.10 bilion setahun sebelumnya. Penganalisis telah menjangka AS$20.77 bilion, menurut Thomson Reuters.

Pendapatan yang diselaraskan sebanyak AS$8.67 sesaham mengatasi anggaran penganalisis sebanyak AS$8.10 sesaham.

pg18_160203_c

Jumlah kerugian operasi Other Bets – yang termasuk kanta lekap pengawasan glukos dan belon Internet – meningkat kepada $3.57 bilion dalam tempoh 12 bulan berakhir pada 31 Disember, dan AS$1.2 bilion dalam suku keempat.

Dalam satu panggilan bersama penganalisis, Ketua Pegawai Kewangan Ruth Porat menyumbang pendapatan yang kukuh kepada “pertambahan penggunaan penyelidikan peranti oleh pengguna,” serta “momentum berterusan” dalam YouTube dan periklanan programatik.

Saham Google naik hampir 6 peratus pada AS$795.68 dalam perniagaan selepas waktu tutup, selepas mengatasi tahap AS$800. Kelas saham gabungan Alphabet adalah bernilai AS$555 bilion, berbanding dengan Apple, yang mempunyai nilai berjumlah kira-kira AS$534 bilion.

Alphabet akan memintas Apple dalam nilai pasaran jika saham kedua-dua syarikat dibuka sekitar tahap sekarang hari ini. – Reuters