Altetico mara menerusi penalti

Altetico mara menerusi penalti

MADRID, 16 Mac (AFP) – Sepakan kemenangan penalti menerusi Juanfran, membolehkan Atletico Madrid mara ke suku akhir Liga Juara–Juara semalam, mencatatkan kemenangan menerusi sepakan penentuan penalti 8-7 ke atas PSV Eindhoven selepas kedua–dua pasukan hanya mampu menjaringkan satu gol dalam 210 minit perlawanan melalui dua perlawanan.

Sebanyak 14 sepakan penalti pertama kemudian ditukar dalam gaya klinikal sebelum Luciano Narsingh membuat sepakan yang hanya singgah di palang.

Juanfran kemudian mengambil giliran sepakan dengan menyudahkan sepakan kemenangan dan membolehkan Atletico mara ke lapan pasukan terakhir bagi tahun ketiga berturut–turut.

“Ia adalah perlawanan yang menggerunkan,’ kata Juanfran.

“Saya gembira melihat bagaimana penonton berada di belakang pasukan. Kami percaya, jurulatih kami memastikan kami percaya dan kami dahaga lebih banyak.”

Aksi Willems dan Juanfran dalam perlawanan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara di Stadium Vicente Calderon. Atletico mara ke suku akhir menerusi sepakan penalti oleh Juanfran. – AFP
Aksi Willems dan Juanfran dalam perlawanan kedua 16 terakhir Liga Juara-Juara di Stadium Vicente Calderon. Atletico mara ke suku akhir menerusi sepakan penalti oleh Juanfran. – AFP

Ia adalah musim kedua berturut–turut di mana pasukan kendalian Diego Simeone mara ke suku akhir menerusi sepakan penalti selepas menyingkirkan Bayer Leverkusen dalam gaya yang sama setahun lalu.

“Ia adalah perlawanan piala klasik dengan persaingan getir,’ kata Simeone.

“Kedua–dua pasukan melakukan banyak kesilapan dan pada akhir sepakan penalti memihak kami.”

PSV dikecewakan dengan penyelamat Jan Oblak untuk menepis sepakan Jurgen Lociada ke tiang gol pada separuh masa kedua ketika juara dari Belanda itu begitu hampir untuk mencetuskan kekecewaan besar.

“Terdapat emosi yang bercampur–campur,’ kata jurulatih PSV, Phillip Cocu.