Alumni Brunei-Australia dirai

Alumni Brunei-Australia dirai

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Seramai 100 orang alumni Brunei-Australia bersama keluarga mereka diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Suruhanjaya Tinggai Australia di Dewan VIP, Hotel Antarabangsa Rizqun semalam.

Alumni-alumni itu merupakan graduan dari pelbagai institusi berprestij seperti Australian Defence Force Academy, University of New South Wales (UNSW), University of Melbourne dan University of Queensland (UQ).

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Todd Mercer dalam ucapannya mengatakan, majlis sungkai itu kali pertama diadakan bertujuan mengeratkan rangkaian alumni Australia di Brunei.

Ucapan alu-aluan oleh Todd Mercer semasa Majlis Berbuka Puasa Alumni Brunei-Australia.
Ucapan alu-aluan oleh Todd Mercer semasa Majlis Berbuka Puasa Alumni Brunei-Australia.

“Kami berharap dapat mengeratkan hubungan dua hala alumni Australia dan Brunei dan mempelawa lebih ramai anak muda di negara ini belajar atau mengikuti program pertukaran di universiti-universiti Australia,” katanya.

Australia merupakan destinasi popular bagi pelajar Brunei dan setakat ini, seramai 400 pelajar Brunei berada di Australia yang kebanyakannya mengambil kursus atau jurusan profesional.

ARTIKEL YANG SAMA