Alumni PKBN anjur mesyuarat agung

Alumni PKBN anjur mesyuarat agung

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Feb – Persatuan Alumni Program Khidmat Bakti Negara (PKBN)Sesi 2016-2018, hari ini, telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, bagi melantik ahli-ahli jawatankuasa takbirnya.

Hadir pada mesyuarat itu ialah Pengarah PKBN, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kolonel (B) Pengiran Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail dan Ketua Urus setia Bahagian Khidmat Bakti Negara, Dayang Rohani binti Haji Hassan.

Mesyuarat pelantikan yang diadakan setiap dua tahun sekali itu juga telah dihadiri oleh lebih kurang 120 orang lepasan pelatih PKBN.

Kolonel (B) Pengiran Zulkifli ketika menyampaikan ucapan, yang turut dihadiri oleh Dayang Rohani.
Kolonel (B) Pengiran Zulkifli ketika menyampaikan ucapan, yang turut dihadiri oleh Dayang Rohani.
Antara lepasan pelatih yang hadir pada mesyuarat berkenaan.
Antara lepasan pelatih yang hadir pada mesyuarat berkenaan.

Menurut Pengarah PKBN, tujuan mesyuarat berkenaan juga adalah agar para lepasan pelatih PKBN dapat memberikan cadangan mengenai aktiviti-aktiviti kesukarelawan seperti aktiviti keagamaan, perniagaan, kemasyarakatan serta kenegaraan.

Beliau juga memberi saranan kepada lepasan pelatih yang kini berjumlah 1,131 orang daripada Projek Rintis pertama hingga keempat, agar menjaga nama baik PKBN termasuklah sikap dan penampilan mereka.

Sebarang pertanyaan, rujukan dan cadangan, dialu-alukan untuk hadir ke ibu pejabat Bahagian Khidmat Bakti Negara atau hubungi talian 2340045, atau e-mel ke pkbn.info@gmail.com dan juga Facebook Program Khidmat Bakti Negara.

ARTIKEL YANG SAMA