Alumni SMJA adakan mesyuarat

Alumni SMJA adakan mesyuarat

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Jan – Bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SMJA) dari tahun 1971-1978 baru-baru ini mengadakan mesyuarat bagi penganjuran Malam Ramah Mesra Reunion SMJA di Restoran Mangrove Paradise Resort.

Mesyuarat dipengerusikan Haji Suhaimin bin Haji Abbas itu membincangkan malam pertemuan semula bagi alumni SMJA dari tahun 1971-1978 setelah pertemuan semula mini melalui kumpulan WhatsApp.

Menurutnya lagi, pada malam ramah mesra itu nanti, dijadualkan berlangsung awal April, bakal dihadiri lebih 100 orang bekas alumni SMJA bersama bekas guru-guru yang pernah mengajar mereka.

Gambar ramai alumni SMJA yang menghadiri mesyuarat membincangkan Majlis Malam Ramah Mesra Reunion SMJA.
Gambar ramai alumni SMJA yang menghadiri mesyuarat membincangkan Majlis Malam Ramah Mesra Reunion SMJA.

Dalam majlis yang sama, mereka juga akan sama-sama mengingati rakan-rakan yang sudah pun menyahut panggilan Ilahi dengan bacaan surah Al-Fatihah.

Majlis ramah mesra itu juga bertujuan mengeratkan lagi tali silaturahim sesama bekas pelajar SMJA setelah berpisah selama 44 tahun, selain mengimbas kenangan suka dan duka ketika zaman persekolahan.

ARTIKEL YANG SAMA