Alumni SPA88 hulur sumbangan

Alumni SPA88 hulur sumbangan

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Dis – Alumni Sekolah Persediaan Arab 1988 (Alumni SPA 88) petang tadi telah mengadakan Majlis Inspirasi Kasih di Pusat Pembelajaran Pelajar, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Gadong.

Pada majlis itu, seramai 21 orang anak yatim bersama penjaga mereka menerima sumbangan yang disampaikan oleh pengerusi majlis, Pengiran Aaliyah Hannah binti Pengiran Haji Maslon.

Terdahulu, semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya, Pengiran Aaliyah Hannah berkata, perwujudan Alumni SPA 88 adalah untuk menyalurkan bantuan kebajikan kepada rakan seperjuangan yang memerlukan.

Menurutnya, lebih $6,000 telah berjaya dikutip untuk didermakan kepada tiga buah keluarga yang menjadi mangsa tragedi berserta penjaga mereka baru-baru ini.

Penerima sumbangan di Majlis Inspirasi Kasih yang hadir membaca tahlil dan doa arwah bagi insan yang mereka sayangi yang telah kembali ke rahmatullah.
Penerima sumbangan di Majlis Inspirasi Kasih yang hadir membaca tahlil dan doa arwah bagi insan yang mereka sayangi yang telah kembali ke rahmatullah.
Pengerusi Majlis Inspirasi Kasih, Pengiran Aaliyah Hannah semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.
Pengerusi Majlis Inspirasi Kasih, Pengiran Aaliyah Hannah semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis berkenaan diadakan untuk menghulurkan bantuan dan mengurangkan bebanan dan kesusahan yang ditanggung di samping meringankan bantuan khususnya anak-anak yatim bagi membantu mereka membeli barangan persekolahan.

Majlis turut diserikan dengan bacaan tahlil dan doa arwah yang dipimpin oleh Awang Muhd Shahnofazli bin Haji Sabli.

ARTIKEL YANG SAMA