Alumni STAROB...

Alumni STAROBA lawat Temburong

Oleh Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

 

TEMBURONG, 15 Feb – Alumni Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAROBA) dari Ipoh, Perak, Malaysia dan pasangan mereka, hari ini mengadakan lawatan muhibah ke Daerah Temburong di bawah Program Lawatan ‘Starian Gemilang 70’ dengan kerjasama alumni STAROBA Brunei Darussalam.

Rombongan yang diketuai oleh Yang Dipertua Persatuan STAROBA (Brunei), Dato Paduka Haji Abdul Majid bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim, dialu-alukan oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Jabatan Daerah Temburong, Ampuan Nur Irawaty binti Ampuan Haji Razid, selaku wakil Pegawai Daerah Temburong yang juga menyampaikan taklimat ringkas mengenai Temburong.

Rombongan kemudian melawat sekitar Mukim Labu, Amo, Bokok dan berakhir di kawasan Riadah Pondok Memancing Kampung Belais dan Buda-Buda. Di sini, mereka berpeluang berinteraksi dan berkongsi pengalaman mengenai sosiobudaya masyarakat setempat termasuk memperkenalkan kuih-muih dan masakan tempatan yang tidak jauh bezanya dengan Malaysia.

Ketua Kampung Belais dan Buda-buda, Haji Ahmad bin Mohd Hussein menyampaikan cenderahati kepada Dato Paduka Haji Abdul Majid.
Ketua Kampung Belais dan Buda-buda, Haji Ahmad bin Mohd Hussein menyampaikan cenderahati kepada Dato Paduka Haji Abdul Majid.

Ahli rombongan juga berpeluang memancing udang galah yang terkenal di sini.

Kunjungan muhibah empat hari ini bertujuan mengeratkan silaturahim antara bekas penuntut STAROBA Malaysia dan Brunei di samping mengunjungi tempat-tempat menarik dan meninjau perkembangan ekonomi, budaya dan pembangunan di Negara Brunei Darussalam.