Alumni UiTM lawat Pusat Sejarah

Alumni UiTM lawat Pusat Sejarah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Seramai 25 orang alumni Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Malaysia hari ini mengadakan lawatan sambil belajar di Pusat Sejarah Brunei untuk mempelajari serta mendalami sejarah Brunei serta mengeratkan kerjasama antara kedua-dua buah institusi tersebut.

Dayang Semak binti Deraman yang mengetuai rombongan UiTM itu berkata, dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Brunei, mereka turut mengambil kesempatan mengunjungi ke beberapa tempat menarik dan bersejarah seperti Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, Kampong Ayer dan banyak lagi.

Semasa di Pusat Sejarah, mereka diberi taklimat mengenai sejarah awal Islam di Negara Brunei Darussalam yang disampaikan oleh Pegawai Sejarah Kanan di Pusat Sejarah Brunei, Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Ahmad dan seterusnya melawat ke galeri-galeri pameran dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Mereka juga tidak ketinggalan untuk mendengarkan penerangan mengenai Pusat Sejarah Brunei yang juga mengadakan penyelidikan, mengumpul maklumat bagi menyusun salasilah sultan-sultan dan kerabat diraja termasuk pengiran-pengiran peranakan, orang-orang kenamaan, pembesar-pembesar negara dan orang-orang bergelar di Negara Brunei Darussalam dan banyak lagi.

Ahli rombongan mendengar penerangan mengenai sejarah Islam di Negara Brunei Darussalam.
Ahli rombongan mendengar penerangan mengenai sejarah Islam di Negara Brunei Darussalam.
Ketua rombongan bersama peserta ketika ditemu bual.
Ketua rombongan bersama peserta ketika ditemu bual.

ARTIKEL YANG SAMA