Alvarez alami kecederaan

Alvarez alami kecederaan

LOS ANGELES, 20 Sept – Bintang Mexico, Saul ‘Canelo” Alvarez tidak akan bertarung lagi tahun ini selepas mengalami keretakan di tangan kanannya selepas menewaskan Liam Smith, kata promoternya semalam.

Golden Boy Promotions berkata dalam Twitter, Alvarez tidak akan bertarung sehingga 2017 selepas mengalami kecederaan dalam pusingan kesembilan knockout terhadap Smith.

“Canelo mengalami keretakan di tangan kanannya dan tidak mampu untuk bertarung lagi pada 2016,” kata Golden Boy.

Alvarez berada dalam super welterweight untuk merebut tali pinggang Pertubuhan Tinju Dunia daripada petinju Britain itu dalam pertarungan yang diadakan di Dallas Cowboys.

Alvarez ketika memenangi pertarungan menentang Liam Smith baru-baru ini. - AFP
Alvarez ketika memenangi pertarungan menentang Liam Smith baru-baru ini. – AFP

Bintang Mexico itu, yang memenangi gelaran middleweight WBC pada November lalu, sedang menyasarkan pertarungan menentang Gennady Golovkin dari Kazakhstan.

Alvarez, 26, memperbaiki rekod kepada 48-1-1 dengan 34 knockout selepas kemenangan terbarunya.

Dia sekarang memenangi enam pertarungan berturut-turut sejak mengalami satu-satunya kekalahan 12 pusingan keputusan sebulat suara kepada Floyd Mayweather pada 2013. – AFP