Alves alami kecederaan, Busquet selamat

Alves alami kecederaan, Busquet selamat

MADRID, 25 Ogos (Reuters) – Pemain pertahanan Barcelona Dani Alves mengalami kecederaan pangkal paha pada perlawanan La Liga 1-0 di Athletic Bilbao namun pemain tengah Sergio Busquets terlepas dengan ketukan ringan pada buku lali, juara Sepanyol dan Eropah itu memberitahu kelmarin.

Alves perlu digantikan dengan Sergi Roberto pada 19 minit di San Mames selepas berlanggar dengan penyerang Bilbao Aritz Anduriz, sementara Busquets dibawa keluar menggunakan pengusung pada separuh masa kedua selepas terkait dengan pemain yang sama, lalu digantikan oleh Marc Bartra.

Barca bagaimanapun tidak memberitahu selama mana pemain kebangsaan Brazil, Alves akan tidak dimainkan, meskipun media Sepanyol melaporkan dia berkemungkinan tidak dimainkan selama sebulan.

“Sebaliknya, ujian terhadap Sergio Busquets menunjukkan pemain tengah itu mengalami sedikit kecederaan pada buku lali namun tidak sesuatu yang serius,” Barca berkata dalam laman web mereka (www.fcbarcelona.es).

Dani Alves mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Athletic Bilbao. – Reuters
Dani Alves mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Athletic Bilbao. – Reuters

Barcelona akan menjadi tuan rumah kepada Malaga Sabtu ini bagi perlawanan kedua mereka dalam kempen La Liga sebelum membuat lawatan kepada juara 2014 Atletico Madrid pada 20 September berikutan rehat perlawanan antarabangsa.

Pihak Luis Enrique, yang telah memenangi treble musim lepas, sedang mengejar takhta keenam liga Sepanyol dalam lapan tahun.

ARTIKEL YANG SAMA