Amadou ditahan

Amadou ditahan

-NIAMEY, 15 Nov (AFP) – Calon presiden pembangkang Nigeria Hama Amadou ditahan semalam selepas pulang daripada buangan selama setahun disebabkan dakwaan menyeludup anak damit, kata seorang rakan sekerja parti.

“Dia ditahan ketika meninggalkan kapal terbang. Polis menunjukkan waran yang dikeluarkan untuk penangkapannya,” kata penggubal undang-undang Amadou Salah.

Bekas perdana menteri dan presiden perhimpunan negara itu melarikan diri dari negara pada Ogos tahun lalu untuk mengelak diri daripada dakwaan menyeludup anak damit.

Menurut Salah, selepas meninggalkan kapal terbang, Amadou “dipimpin ke sebuah kereta dan dibawa ke satu destinasi yang tidak diketahui. “Anggota keselamatan menyekat jalan ke kawasan itu tatkala bekas perdana menteri dua kali itu dibawa pergi.

Sebelum itu, seorang wartawan AFP telah menyaksikan pertempuran di antara anggota keselamatan dan penyokong parti Amadou Modem di luar lapangan terbang. Selepas pertempuran sekali-sekala di seluruh bandar, ketenangan kembali menjelang malam pada kira-kira pukul 7 malam.

Anggota keselamatan juga mengepung ibu pejabat parti Niamey di mana Amadou telah merancang untuk menyampaikan satu ucapan selepas satu perarakan di bandar untuk menandakan kepulangannya selepas hampir 15 bulan berada di luar negara.

Pada Khamis, beliau berkata: “Saya telah memutuskan untuk pulang ke Niamey pada Sabtu. Saya mempunyai tugas terhadap negara saya yang dirancang dilaksanakan sepanjang pencalonan saya” untuk pilihan raya presiden di mana pusingan pertama dijadual diadakan pada 21 Februari bersama pengundian perundangan.

Calon yang diumumkan setakat ini adalah Presiden Mahamadou Issoufou dan bekas menteri perancangan Amadou Boubacar Cisse. Sebelum kepulangannya, Amadou mencabar pihak berkuasa supaya membuktikan kes mereka ke atas beliau.