Amal baca Al-Quran, tanam sifat prihatin

Amal baca Al-Quran, tanam sifat prihatin

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jun – Dengan hasrat untuk menyemarakkan dan menghidupkan lagi kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan rahmat serta keberkatan ini, Sekolah Ugama Dato Mohd Yassin, Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri kelmarin telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim dan Kurang Berkemampuan di sekolah berkenaan.

Majlis itu bermatlamat untuk menanamkan dan menyuburkan budaya membaca, mempelajari dan menghayati Al-Quran serta mengamalkan ajaran-ajarannya sebagai amalan harian dalam kalangan para murid.

Majlis itu juga merupakan salah satu acara tahunan Unit Kokurikulum dan Unit Al-Quran Sekolah bagi sama-sama mendukung dan merealisasikan hasrat Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir.

Majlis seterusnya menyaksikan penyampaian sumbangan derma kepada anak-anak yatim dan warga sekolah berkenaan yang kurang berkemampuan dengan hasrat untuk membantu meringankan bebanan mereka dan menanamkan semangat kebajikan serta keprihatinan kepada golongan yang memerlukan.

Salah seorang murid yang menerima sumbangan derma pada majlis berkenaan.
Salah seorang murid yang menerima sumbangan derma pada majlis berkenaan.