Amal gaya hidup sihat

Amal gaya hidup sihat

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Nov – Badan Kebajikan Isteri-isteri Tentera Udara Diraja Brunei (BAKTI TUDB) dengan kerjasama Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan mengadakan taklimat kesihatan wanita dan gaya hidup sihat, baru-baru ini bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-50 dan Jubli Emas TUDB.

Dua pegawai dari Kementerian Kesihatan iaitu Dr. Norhayati binti Haji Ahmad dan Dayang Siti Munawwarah binti Awang Tarif telah menyampaikan taklimat yang merangkumi mengenai ‘aging well’, kebaikan gaya hidup sihat, kepentingan pemeriksaan kesihatan dan pemilihan makanan sihat semasa membeli belah.

Semasa taklimat berkenaan Dr. Norhayati menyampaikan taklimat mengenai aspek kesihatan wanita manakala Dayang Siti Munawwarah membincangkan mengenai tajuk ‘Membaca dan Memahami Label Makanan.’

Selain taklimat, Kementerian Kesihatan juga menyediakan Pameran Pemeriksaan Sendiri Payu Dara dan Pameran Kesedaran Kanser Payudara. Hadir di acara tersebut ialah Isteri Pemerintah ABDB yang juga Yang Di-Pertua BAKTI, Pengiran Datin Nuur ‘Izzah Nabilah binti Pengiran Haji Ahmad Mahdi Al-Sufri. Juga hadir ialah isteri-isteri Pemerintah Unit, isteri Penasihat Pertahanan Kerajaan Negara Thailand, isteri-isteri pegawai-pegawai kanan, dan pegawai-pegawai wanita TDDB, TLDB dan TUDB.

Gambar ramai bersama yang menghadiri taklimat tersebut.
Gambar ramai bersama yang menghadiri taklimat tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA