Amal kebajikan menjelang Ramadan

Amal kebajikan menjelang Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Kira-kira 100 orang bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Rimba Kumpal dan Tanah Perkuburan Tanjong Tahi Ayam, yang diselajurkan dengan bacaan tahlil dan doa arwah, hari ini.

Aktiviti anjuran Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Kapok, Takmir Masjid Kampung Kapok dan Pengawasan Kejiranan, itu turut dihadiri oleh Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Hadir sama ialah Penghulu Mukim Serasa, Haji Johari bin Haji Abdul Razak; Ketua Kampung Kapok, Haji Marali bin Haji Ahmad; Pemangku Pegawai Pemerintah Polis Daerah Brunei-Muara, Supt Mazalan bin Haji Awang Yaakub, para pengarah jabatan, ketua-ketua bahagian dan unit, pegawai dan kakitangan KPSSU dan jabatan-jabatan di bawahnya, anggota polis Muara serta penduduk sekitarnya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh KPSSU, kerja pembersihan tanah perkuburan ini merupakan salah satu aktiviti kebajikan yang diadakan setiap tahun sebelum menjelangnya bulan Ramadan.

Yang Berhormat Pehin Haji Yahya turut bergotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan.
Yang Berhormat Pehin Haji Yahya turut bergotong-royong membersihkan kawasan tanah perkuburan.
Yang Berhormat Pehin Haji Yahya bersama penduduk Kampung Kapok selepas selesai kerja pembersihan tanah perkuburan.
Yang Berhormat Pehin Haji Yahya bersama penduduk Kampung Kapok selepas selesai kerja pembersihan tanah perkuburan.

ARTIKEL YANG SAMA