Amal persekitaran bersih di tempat kerja

Amal persekitaran bersih di tempat kerja

Oleh Anwar Rosly

 

KUALA BELAIT, 17 Jun – Dalam usaha meningkatkan tahap kebersihan dan menggalakkan amalan persekitaran tempat kerja yang bersih dan sihat dalam kalangan pekerjanya, Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB) telah menganjurkan kempen pembersihan di ibu pejabatnya di Jalan Evangelist, Seria, baru-baru ini.

Kempen yang diketuai oleh Pengurus HSSE Korporat MGCSB, Awang Mohd Rizal bin Dr. Haji Abdul Latif, itu turut disertai oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Korporat MGCSB, Haji Osman bin Haji Omar.

Kira-kira 160 pekerja MGCSB, yang dibahagikan kepada lapan kumpulan, bergotong-royong dalam kempen berkenaan.

Sebelum ini, syarikat berkenaan juga telah mengadakan kempen alam sekitar seumpamanya, yang bukan sahaja terhad di syarikat itu tetapi juga di beberapa taman rekreasi dan kawasan-kawasan pantai yang melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pada kempen kali ini, lebih 90 beg sampah berjaya dikumpulkan yang kemudiannya diuruskan oleh Mashhor Waste Management Sdn. Bhd.

Beberapa kakitangan Mashhor semasa kempen kebersihan di sekitar ibu pejabat syarikat berkenaan.
Beberapa kakitangan Mashhor semasa kempen kebersihan di sekitar ibu pejabat syarikat berkenaan.
Kakitangan Mashhor yang terlibat sama dalam kempen kebersihan itu.
Kakitangan Mashhor yang terlibat sama dalam kempen kebersihan itu.