Amalan pemakanan sihat di tempat kerja

Amalan pemakanan sihat di tempat kerja

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Dalam usaha menggalakkan para kakitangan ke arah hidup sihat, Pertubuhan Maybank termasuk Maybank Brunei hari ini turut serta dalam Program Fruitilicious Day yang diadakan di bank berkenaan, di sini.

Langkah simbolik ini menyasarkan untuk menggalakkan para kakitangan untuk membentuk tabiat menambah buah-buahan yang penuh dengan vitamin, mineral, anti-oksida dan serat ke dalam pemakanan harian mereka untuk meningkatkan khasiat pemakanan dan mengurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat.

Menurut kenyataan di sini, langkah ini dipercayai mampu memperkasakan kakitangan untuk begitu produktif di tempat kerja dan mempunyai kehidupan yang memuaskan dengan kesihatan yang optimum.

Dalam pada itu, pasukan-pasukan di seluruh pertubuhan Maybank, termasuk Maybank Brunei diminta untuk membawa buah-buahan ke tempat kerja, melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti menyeronokkan dan komited untuk menggabungkan matlamat pemakanan sihat sehingga akhir tahun ini.

Kakitangan Maybank menikmati buah-buahan yang disediakan.
Kakitangan Maybank menikmati buah-buahan yang disediakan.

ARTIKEL YANG SAMA