Amalkan hidup sihat bersama

Amalkan hidup sihat bersama

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Nov – Pelbagai usaha terus dilaksanakan untuk menggalakkan masyarakat termasuk golongan wanita dan kanak-kanak di negara ini untuk mengamalkan gaya hidup sihat menerusi kegiatan senaman dan riadah.

Dalam hubungan itu, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, kelmarin, telah mengadakan Acara Senamrobik Beramai-ramai yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Acara senaman yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat itu terutama wanita dan kanak-kanak juga disertai sama Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Rosmadee bin Haji Mohd Daud.

Haji Rosmadee turut serta dalam kegiatan senamrobik beramai-ramai itu.
Haji Rosmadee turut serta dalam kegiatan senamrobik beramai-ramai itu.

pg09_151102_b

Kegiatan senamrobik yang dikendalikan selama dua jam itu merupakan salah satu kegiatan anjuran Jabatan Belia dan Sukan, bermatlamat untuk menggalakkan masyarakat Brunei mengamalkan cara hidup sihat dengan melakukan pelbagai kegiatan sukan dan riadah secara berterusan.

Di samping itu, acara senamrobik berkenaan juga diharap dapat memupuk kesefahaman dan kerjasama dalam kalangan masyarakat demi pembangunan dan kemajuan sukan untuk negara.

ARTIKEL YANG SAMA