Amalkan mencuci tangan dengan betul

Amalkan mencuci tangan dengan betul

KUALA LUMPUR – Dalam sehari berapa kali anda mencuci tangan dan berapa kali pula anda menyuruh anak anda mencuci tangan mereka? Kalaulah bakteria itu boleh dilihat, sudah pasti tangan kita tidak akan pernah kering kerana sentiasa dibersihkan.

Mengambil kira faktor banyak nyawa yang dapat diselamatkan dengan mencuci tangan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyokong usaha Lifebuoy menjalankan kempen memupuk tabiat mencuci tangan secara konsisten menerusi perkongsian awam-swasta. Menurut Ketua Sektor bagi Penyakit Zoonotik, Bahagian Kawalan Penyakit,Kementerian Kesihatan, Dr Zainudin Abdul Wahab, pihak kementerian telah bekerjasama dengan Lifebuoy sejak 2011 untuk Program Mencuci Tangan “School of 5″, yang bertujuan untuk menggalakkan amalan menjaga kebersihan yang baik.”

Beliau, yang ditemui pada majlis Pelancaran Global Handwashing Day kali ke-9 baru-baru ini berkata, “Kejayaan negara bergantung kepada kesihatan generasi masa kini dan hadapan. Mencegah jangkitan menerusi sentuhan penting untuk membentuk masyarakat yang sihat.

“Selepas beberapa kempen mencuci tangan yang diadakan, kami mahu mengkaji dan menilai keberkesanan usaha pendidikan ini terhadap perubahan tingkah laku bagi memastikan kesan positif terhadap rakyat Malaysia. Usaha memupuk tabiat mencuci tangan adalah sesuatu yang perlu diketengahkan secara konsisten menerusi pakatan awam dan swasta.”

Menurut beliau, usaha ini adalah sejajar dengan wawasan KKM untuk membantu rakyat Malaysia – tidak kira tua atau muda – untuk mencapai dan mengekalkan tahap kesihatan yang baik, bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan produktif – dari segi ekonomi dan sosial.

Kalaulah bakteria itu boleh dilihat, sudah pasti tangan kita tidak akan pernah kering kerana sentiasa dibersihkan.
Kalaulah bakteria itu boleh dilihat, sudah pasti tangan kita tidak akan pernah kering kerana sentiasa dibersihkan.

Jangkitan melalui sentuhan

Sentuhan manusia adalah sesuatu yang amat bermakna. Sentuhan menandakan kasih-sayang dan mengeratkan persahabatan.

Namun begitu ia boleh berlaku sebaliknya hingga boleh menjejaskan kesejahteraan dan mengancam nyawa.

Penyakit yang berjangkit menerusi sentuhan pada asasnya boleh dicegah, tetapi jika tidak dibasmi, boleh menjejaskan kesihatan dan kehidupan rakyat Malaysia.

Di Malaysia, Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (Hand Foot and Mouth Disease – HFMD) adalah antara penyakit yang mempunyai kaitan langsung dengan amalan kebersihan diri dan persekitaran. HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71(EV 71).

Virus ini merebak secara sentuhan dengan air liur, cecair lepuh dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari.Kebiasaan jangkitan adalah ringan dengan gejala demam diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah.

Menurut Pakar Pediatrik, Hospital Pakar KPJ Selangor, Dr. Zulkifli Ismail, HFMD ialah satu penyakit yang boleh bertambah teruk dan mengancam nyawa pesakit, walaupun dalam jumlah yang sangat kecil, virus itu boleh menjangkiti otak.

“Biasanya, ulser dalam mulut menyebabkan pesakit tidak mahu makan dan mereka boleh mengalami dehidrasi.

Luka-luka di kulit boleh menjadi gatal di kawasan tertentu dan boleh dijangkiti apabila tercalar. Penyakit ini biasanya dialami oleh kanak-kanak pra sekolah, yang sebahagian besar daripada mereka masih tidak tahu betapa pentingnya kebersihan tangan.

“Jika kanak-kanak yang dijangkiti dihantar ke sekolah, kemungkinan wabak ini merebak menjadi lebih tinggi sama ada di sekolah atau dalam kalangan adik-beradik di rumah.

Walaupun menyedari ianya boleh berjangkit, ibu bapa tetap menghantar anak mereka ke pra sekolah atau taska untuk memudahkan kerja mereka.”

Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih dengan rawatan secara simptomatik sahaja dalam masa 7-10 hari. Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan.

Bagaimanapun, dalam kes yang lebih serius jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis, namun ianya jarang berlaku.

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa dari Januari hingga Ogos 2016, jumlah kes HFMD yang dilaporkan di seluruh negara ialah 30,092 kes, peningkatan 46.8% (9,589 kes) berbanding tempoh yang sama tahun 2015 (20,503 kes).

Malah tanpa disedari, ramai yang hanya membilas tangan mereka dan bukannya mencuci tangan dalam erti kata yang sebenarnya.
Malah tanpa disedari, ramai yang hanya membilas tangan mereka dan bukannya mencuci tangan dalam erti kata yang sebenarnya.
Global Handwashing Day adalah hari peringatan tahunan sedunia untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya amalan mencuci tangan dengan sabun sebagai cara mudah, berkesan dan termampu untuk mencegah penyakit dan menyelamatkan nyawa.
Global Handwashing Day adalah hari peringatan tahunan sedunia untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya amalan mencuci tangan dengan sabun sebagai cara mudah, berkesan dan termampu untuk mencegah penyakit dan menyelamatkan nyawa.

Daripada keseluruhan kes HFMD itu, hampir 90 peratus kes dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah enam tahun. Menurut Dr Zulkifli keadaan yang membimbangkan ini sebenarnya boleh dicegah dengan meningkatkan kesedaran, ketelitian dalam keputusan yang dibuat sebagai anggota masyarakat, dan rajin mencuci tangan dengan sabun.

Jadikan budaya

Mencegah jangkitan menerusi sentuhan menjadi kunci dalam usaha menggalakkan amalan menjaga kesihatan dalam kalangan penduduk dan mencuci tangan dengan sabun adalah cara utama untuk mencapai matlamat ini. Ini bukan tanggungjawab kementerian atau organisasi tertentu semata mata. Hakikatnya setiap individu perlu memikul tanggungjawab untuk menjadikannya satu amalan atau budaya.

Walaupun mengetahui bahawa penggunaan sabun semasa mencuci tangan adalah mudah dan berkesan, ramai yang tidak mengambil inisiatif untuk mengamalkan tabiat ini. Malah tanpa disedari, ramai yang hanya membilas tangan mereka dan bukannya mencuci tangan dalam erti kata yang sebenarnya.

Untuk menggalakkan amalan ini, begitu banyak kempen mencuci tangan telah diadakan. Pihak KKM sendiri mahu mengkaji dan menilai keberkesanan usaha pendidikan itu terhadap perubahan tingkah laku bagi memastikan kesan positif terhadap rakyat Malaysia.

Kanak-kanak juga boleh jadi teladan

Setiap orang memainkan peranan untuk menjaga kesihatan peribadi dan anak kita dengan menjadi teladan yang baik dalam tabiat mencuci tangan. Nampak remeh, tetapi ia tidak sama sekali dipandang ringan sehingga seluruh dunia meraikan Hari Mencuci Tangan Sedunia (Global Handwashing Day) pada setiap 15 Oktober.

Global Handwashing Day adalah hari peringatan tahunan sedunia untukmeningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang pentingnya amalanmencuci tangan dengan sabun sebagai cara mudah, berkesan dan termampu untuk mencegah penyakitdan menyelamatkan nyawa. Global Handwashing Day menyokong budaya mencuci tangan dengan sabun.

Kanak-kanak adalah kelompok yang paling mudah untuk diterapkan budaya mencuci tangan dan ada kalanya mereka juga boleh dijadikan teladan buat orang dewasa. Inilah masanya untuk kita memulakan amalan yang positif dan berkesan kerana ia adalah amalan yang boleh mencegah jangkitan. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA