Amalkan pemakanan sihat

Amalkan pemakanan sihat

Oleh Haji Mohammad Faisal bin Haji Salleh

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Dalam usaha untuk mengetahui pilihan makanan yang sihat, Sekolah Rendah Mulaut, kelmarin, telah mengadakan lawatan ke Pusat Promosi Kesihatan bagi Program ‘Lets Grow To Health Program Schedule.’

Ketika lawatan tersebut, rombongan telah mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Awang Muhammad Yusuf bin Abdul Rahim.

Program tersebut dibahagikan kepada dua aktiviti iaitu aktiviti Galeria Kesihatan yang merangkumi lawatan ke Galeria Kesihatan dan ‘Berlumba untuk Kesihatan’ yang diikuti aktiviti kedua iaitu mengkaji semula maklumat yang telah mereka pelajari.

Murid-murid bergambar ramai ketika lawatan tersebut.
Murid-murid bergambar ramai ketika lawatan tersebut.

Menurut Dayang Nurul Syazmi, cikgu yang mengikuti lawatan tersebut menerangkan bahawa lawatan ini memberikan manfaat kepada murid-murid untuk mengetahui mengenai makanan yang mereka perlu elakkan.

Lawatan kemudiannya diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

ARTIKEL YANG SAMA