Amanah dalam menjalankan tugas

Amanah dalam menjalankan tugas

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac – Lebih daripada 50 orang anggota Polis Diraja Brunei yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan anggota berpangkat rendah turut serta dalam Majlis Ceramah Agama yang diadakan di Dewan Serbaguna, Balai Polis Berakas, di sini.

Penceramah dari Pusat Dakwah Islamiah, Drs. Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah dalam ceramahnya menyentuh mengenai dengan amanah serta kejujuran dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang anggota polis berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

Di samping itu, beliau juga menekankan bahawa setiap warga Polis Diraja Brunei perlu menghayati maksud ceramah apabila menjalankan tugas seharian.

Majlis hari ini dianjurkan oleh Balai Polis Muara, Polis Diraja Brunei.

Drs. Haji Ismuhadi ketika menyampaikan ceramahnya.
Drs. Haji Ismuhadi ketika menyampaikan ceramahnya.
Antara anggota polis yang menghadiri ceramah berkenaan.
Antara anggota polis yang menghadiri ceramah berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA