Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Sabtu ini

Amaran angin kencang, laut bergelora sehingga Sabtu ini

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) – Angin kencang dan laut bergelora dijangka berterusan di perairan Sabah (Pendalaman, Pantai Barat dan Kudat) serta Labuan sehingga Sabtu ini.

Menurut Jabatan Meteorologi, angin barat daya itu dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter adalah berbahaya kepada kapal kecil, rekreasi dan sukan laut.

Angin kencang dan laut bergelora dijangka turut berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Labuan sehingga Sabtu.