Amaran banjir kilat, tanah runtuh

Amaran banjir kilat, tanah runtuh

MANILA, 18 Dis (dpa) – Filipina mengeluarkan amaran banjir kilat dan tanah runtuh di wilayah selatan tatkala ribut tropika bertekanan rendah mengancam membawa hujan lebat hari ini.

Ribut tropika Onyok, rebut kedua melanda Negara itu dalam tempoh seminggu, dijangka membuat pendaratan di Mindanao pada lewat hari ini.

Onyok, yang mengumpul angin dengan kelajuan 55 kilometer sejam (kph), dijangka melemah di kawasan bertekanan rendah melalui bahagian barat Filipina pada awal Ahad.

Pada Isnin lepas, taufan Melor melanda bahagian timur dan tengah Filipina, menjejaskan bekalan tenaga elektrik dan komunikasi, memusnahkan banyak rumah serta mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang, dengan dua lagi mangsa masih hilang.

Majlis Pengurangan dan Pengurusan Bencana Kebangsaan menganggarkan kerosakan ke atas pertanian, prasarana dan harta benda berpunca Melor mencecah 935.19 juta peso (AS$19.68 juta).