Amaran gangguan seksual malam tahun baru di India

Amaran gangguan seksual malam tahun baru di India

UTTAR PRADESH, 31 Dis (Agensi) – Polis India menghantar mesej kepada hampir 600,000 lelaki pada malam tahun baru yang sebelum ini dilaporkan terbabit dengan gangguan seksual.

Mesej teks itu memberi amaran kepada mereka untuk menjaga tingkah laku dengan wanita atau akan menerima akibatnya.

Kandungan SMS dari polis di negeri Uttar Pradesh itu menyebut ‘Anda dan telefon anda masih di bawah pengawasan kami.

Diharapkan tingkah laku anda adalah baik. Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru.’ Mesej itu dihantar pada hari ini kepada Eve-teasers, gelaran untuk pelaku seksual di Selatan Asia. Pegawai Polis Kanan dan ketua talian bantuan wanita, Navniet Sekera, berkata mesej kepada Eve-teasers adalah peringatan bahawa polis mempunyai rekod mereka.

Aktivis memegang lilin menyala semasa protes di Mumbai pada 21 Disember 2015 terhadap pembebasan seorang remaja disabitkan rogol.
Aktivis memegang lilin menyala semasa protes di Mumbai pada 21 Disember 2015 terhadap pembebasan seorang remaja disabitkan rogol.

ARTIKEL YANG SAMA