Amaran gempa mega palsu gemparkan Tokyo

Amaran gempa mega palsu gemparkan Tokyo

TOKYO, 1 Ogos – Satu amaran palsu mengenai gempa bumi mega bakal melanda Tokyo dikeluarkan oleh agensi kaji cuaca Jepun dan segera dibatalkan hari ini, namun ia sempat menggemparkan pengguna aplikasi telefon pintar yang menerimanya.

Pengguna amaran bencana Yurekuru dimaklumkan bahawa gempa bumi 9.1 magnitud bakal melanda metropolis besar itu sejurus selepas jam 5 petang waktu tempatan dengan satu amaran bertulis ‘Gempa bumi! Gempa bumi!”.

Namun gegaran yang dijangkakan tidak pernah berlaku dan telefon pengguna aplikasi serupa tidak berbunyi.

Agensi Meteorologi Jepun sudah menghantar dan segera menarik balik amaran, namun pembatalan bagaimanapun tidak diterima oleh beberapa operator aplikasi pada masanya, kata jurucakap agensi itu.

“Kami kini menyiasat bagaimana maklumat palsu dihantar,” tambahnya.

Gambar ilustrasi menunjukkan orang ramai dengan telefon pintar mereka yang menunjukkan amaran gempa bumi mega dengan magnitud 9.1 skala Richter yang palsu, menggemparkan penduduk Tokyo. – AFP
Gambar ilustrasi menunjukkan orang ramai dengan telefon pintar mereka yang menunjukkan amaran gempa bumi mega dengan magnitud 9.1 skala Richter yang palsu, menggemparkan penduduk Tokyo. – AFP

Laman web agensi itu kemudiannya mengatakan ia menerima data gempa bumi daripada sebuah seismometer di timur Tokyo.

“Apabila saya melihat skrin aplikasi Yurekuru, saya bersedia untuk mati,” menurut satu tweet dalam Jepun daripada seorang pengguna.

“Ya, mujur ia palsu, namun ia juga menakutkan saya,” kata seorang lagi pengguna dalam bahasa Inggeris.

Yurekuru merupakan aplikasi amaran bencana popular di Jepun yang mudah dilanda gempa, dan operatornya mengatakan sekurang-kurangnya lima juta orang sudah memuat turunnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA